Para pekerja
yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan
begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa
petugas kesehatan begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi
yang terperangkap di dalam sebuah Rel Kereta API di Kota tersebut. Naas bagi
pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka
dalam keadaan yang sungguh tragis dan memilukan.
Apa yang
terjadi sebenarnya?
Ternyata
sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup Jalan Kereta API,pada
saat itu mereka mengikat diri di REL tersebut. Akibatnya mereka mati dalam
keadaan berpelukan dan saling berciuman dengan kondisi tubuh hancur di lindas
Kereta API, sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua
jasad tersebut. Begitu ‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar
kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; tolong jangan
pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami
sehidup semati. Dan di bagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka
melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang
tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah…!
Di sebuah
rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau…
Abdullah bin
Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid,
seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak
mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat
mencintai isteri yang sangat sempurna menurut pandangan manusia.
Pada suatu
hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama
untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang
bermesraan dengan Atikah dengan lembut dan romantis sekali, beliau membatalkan
niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.
Setelah
selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah
anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih
bersenda gurau dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di
masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “
Wahai Abdullah, adakah kamu sholat berjemaah ?” Tanpa berhujjah panjang Abu
Bakar berkata : ““Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan
dan pandangan hidup malah dia juga telah melupakan kamu dari solat fardhu,
ceraikanlah dia!” Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu
perintah ketika Abu bakar mendapati anaknya melalaikan hak Allah. Ketika beliau
mendapati Abdullah mulai sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau
melihat Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat
juangnya semakin luntur.
Lalu
bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi mencoba membunuh
diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang
cantik dan amat dicintainya. Subhanallah!!!
Dari dua
petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama bertafakkur tentang hakikat dan
bagaimana cinta sejati, tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan
hidup manusia akan sentiasa dhpenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita
ungkapkan bahwa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan Allah SWT meletakkan
sebuah perasaan di dalam jiwa manusia, dan dia adalah CINTA.
Membicarakan
tentang cinta ibarat menguras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai
khazanah alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta
macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari
kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita mungkin menemui bangkai
kapal dan bangkai manusia!!!
Usia sejarah
cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000
manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini ada lebih
5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan hadir.
Walau berapa
banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama,
film,Sinetron, lagu dan berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya
cinta itu hanya ada dua buah versi saja. Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta
Rabbani.
Yang menjadi
persoalan sekarang adalah mampukah kita membedakan yang mana cinta syahwat dan
mana cinta Rabbani?Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam
kesenian terutamanya, telah mampu membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil
sebagai cinta “suci” yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan diraih
seterusnya untuk dinikmati.
Manusia
seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragis yang berakhir di hujung
pisau atau dalam segelas racun. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke
dalam lubang ‘neraka’ hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak
rasa yang ada disudut hati manusia, itulah cinta.
Cinta
memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu
menjadikan manusia pribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam
konteks sangat berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah seperti
berkhalwat (berdua-duaan dengan bukan mahram), berkasih-kasihan lelaki dan
perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan birahi percuma di
khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak mendapat restu
dari orang tua, pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina
(na’udzubillah min dzalik). Dan tidak sedikit pula yang begitu nekad sanggup
melakukan perbuatan yang dilaknat Allah yaitu membunuh diri demi cinta.
Pribadi-pribadi
nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai
tujuan. Oleh itu tidaklah mengherankan jika kita banyak menemui berbagai
perilaku aneh para pencari cinta yang tak masuk akal. Sebab apa yang mereka
tuju adalah suatu yang abstrak, tidak jelas dan bukan perkara yang pokok.
Mereka sibuk mencari dan mengartikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat
yang menganugerahkan cinta. Dzat yang menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang
memberikan kekuatan cinta. Dzat yang paling layak dicintai, kerana Dia juga
Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul ‘Alamin.
Kisah tragis
di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela
mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan
berbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang
mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan
joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan
berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana
berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannam dengan dalih
cinta yang begitu murah nilainya.
Cinta memang
tak kenal warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal rupa dan pertalian
darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik-buruk
adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya.
Sebaliknya
cinta juga mampu melahirkan pribadi-pribadi yang mengagumkan. Pribadi yang tak
takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerena
cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan
apa saja yang mereka amat cintai demi memperolehi keridhaan Dzat Pemberi cinta.
Jiwa mereka tidak gundah gulana hanya kerena kehilangan cinta duniawi karena
Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman Pribadi-pribadi taat ini amat menyadari
bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan
cinta tak ada artinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang
mereka cari adalah ridha dan cinta kasih Allah, bukan cinta yang bersifat
sementara.
Kisah
Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal
arti cinta. Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia,
berkedudukan tinggi dan berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk
menceraikan isterinya, dengan alasan isterinya telah melalaikan Abdullah dalam
menunaikan hak Allah seterusnya akan membuat Abdullah lalai dari berjihad di
jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung
pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah
yang berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi
tidak!! Pemuda yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta
yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi
mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah… Masih adakah pemuda-pemuda
seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini?
Begitulah
cinta. Ha mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga.
Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selaras dengan frekuensi
atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak
ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda. Demikian indah dan asli irama cinta
sejati.Wallahu Alam
Niyaz Khalil
Harapan dari
Seorang Sahabat
0 komentar:
Posting Komentar